RAMADAN & IFTAR PACK UNTUK 300 KELUARGA DI PENDALAMAN KEMBOJA

ASSALAMUALAIKUM WBT,
ALHAMDULILLAH, seperti dijadualkan, Team Telekung Project (PPM 018-10-15082012) akan bertolak ke Siem Reap, Cambodia pada 17 Jun 2016 utk menyampaikan IFTAR TREAT sebanyak 550 pack kepada penduduk di kampung Stueng Thmei, Siem Reap. Iftar pack ini akan diagihkan pada petang waktu menjelang berbuka puasa dan akan makan bersama-sama di Masjid Naemah dan menunaikan Solat maghrib, Isya’ dan Terawih berjemaah.
Walaubagaimana pun, TP mendapat permintaan utk sama-sama berkongsi rezeki bersama saudara kita di sana di dua buah kampung yg jauh di pendalaman dan perjalanan memakan masa selama 2 jam. Di kedua-dua kampung tersebut terdapat 300 buah keluarga.
Oleh yang demikian, alang-alang team TP akan ke sana, admin ingin membuka peluang bersama sahabat-sahabat semua yang ingin bersedekah/menyumbang untuk kami menyediakan;
❤ 300 RAMADAN KIT (barangan asas dapur memandangkan kampung ini jauh)
❤ 300 IFTAR PACK (lauk yang telah di masak dan tahan lama seperti rendang)
Untuk kedua-dua item ini dianggarkan kos sebanyak USD 30 (lebih kurang RM 120). Barangan asas dapur ini akan dibeli di siem reap dan diedarkan di kedua-dua kampung ini. Tarikh edaran untuk kedua-dua kampung ini adalah pada 18 Jun (sebelah pagi) kerana pada petang 18 jun adalah edaran iftar pack di kampung stueng thmei.
Ini adalah permintaan tambahan utk 300 buah keluarga di kemboja dan untuk iftar pack (kampung stueng thmei) sebanyak 550 pack, dananya telah pun cukup. Kini hanya perlu diusahakan tambahan untuk 300 keluarga ini.
Kepada yang berminat untuk menyumbang seikhlas hati (tiada nilai ditetapkan), boleh melalui saluran berikut:
❤ CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
❤ MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan IFTAR 300 KELUARGA KEMBOJA
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/+60197357151

❤ ❤ ❤  PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.

MENJADI AMALAN DALAM TP YG TIDAK MENGAMALKAN ‘OPEN CAMPAIGN’; KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA 7 HARI SAHAJA BERMULA 8 JUN 2016 (11.00 PAGI) – 15 JUN 2016 (11.00 PAGI), TP AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA PERKEMBANGAN KUTIPAN DANA INI. KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA 7 HARI UTK MENGUMPULKAN DANA SEBANYAK (RM 120 X 300 KELUARGA) RM 36,000 UTK PENYEDIAAN RAMADAN KIT DAN IFTAR PACK UTK 300 KELUARGA DI KAMPUNG PENDALAMAN KEMBOJA. WALAUBAGAIMANA PUN, JIKA DANA YANG DIPERLUKAN TELAH MENCUKUPI, KEMPEN INI AKAN DITUTUP SEGERA.

BERDOA pada ALLAH agar diberikan peluang utk kita sama-sama berkongsi rezeki dengan keluarga muslim di kemboja DI BULAN RAMADAN INI.
Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN, admin perlukan ihsan sahabat semua utk kongsikan KEBAIKAN ini…..

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
8 JUN 2016
3 RAMADAN 1437H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s