JOM REBUT FASA 1

ASSALAMUALAIKUM WBT,
ALHAMDULILLAH, ALLAH MAHA KAYA…..
Telekung Project nak perkenalkan project simple yang terbaru iaitu melalui kempen JOM REBUT. Kempen ini simple je dan memetik inspirasi dari KISAH SEORANG WANITA YANG MEMBERI SEEKOR ANJING MINUM MENGGUNAKAN KASUTNYA, dan kerana KEIKHLASAN KEBAIKANNYA… DIA DIJANJIKAN SYURGA
JADI DI BULAN RAMADAN INI, TELEKUNG PROJECT MULAKAN PROJECT AIR MINUMAN INI UTK FASA PERTAMA YANG AKAN DIBERIKAN 1500 KARTON KEPADA PUSAT PENGAJIAN AL BARAKAH (DI IPOH PERAK) DAN PENGHANTARAN PERTAMA ADALAH PADA 22 JUN INI. AIR MINUMAN INI AKAN DIGUNAKAN OLEH PIHAK DI SANA UNTUK TUJUAN BERBUKA PUASA DAN JUGA AKTIVITI-AKTIVITI DI PUSAT PENGAJIAN ITU.
Oleh yang demikian, pihak Telekung Project ingin mengajak sahabat semua, kepada yang berminat nak join project simple ini. Kenapa project ini simple, sahabat boleh sedekah seikhlas hati dan serendah RM 0.50 (sebotol) atau RM 12 sekarton (24 botol).
PROJECT INI ADALAH 100 % FROM AND FOR CHARITY : dan air minuman ini adalah NOT FOR SALE. Jika Fasa ini berjaya, kami berharap, project yg diinspirasikan dari kisah hadis ni akan boleh dikembangkan dengan kami meletakkan air minuman ini di MASJID/SURAU/RUMAH ANAK YATIM/PUSAT-PUSAT PENGAJIAN untuk yg meminumnya boleh menikmati secara PERCUMA. Kami telah pun siap-siap cetak dilabel NOT FOR SALE agar tiada pihak yang akan salah guna air minuman ini.
Untuk FASA PERTAMA INI; akan melibatkan 1500 carton dahulu. Jadi bila cukup dana utk 1500 karton, kempen ini akan ditutup sehingga dibuka semula untuk fasa kedua. Fasa kedua hanya akan dibuka setelah pihak TP mengenalpasti pihak yang akan meraikan dan memerlukan air ini. Inilah kaedah yang diamalkan oleh TP sejak dulu lagi iaitu FOCUS-ORIENTED, PROJECT BASED… siap satu project baru mulakan project yang lain. InshaAllah, fasa kedua akan menyusul.
Kepada yang berminat untuk menyumbang seikhlas hati (tiada nilai ditetapkan), boleh melalui saluran berikut:
❤ CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
❤ MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan SEDEKAH AIR MINUMAN FASA I
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/+60197357151

❤ ❤ ❤  PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.
https://fs30.formsite.com/telekungproject/SEDEKAHAIRMINUMANFASA1/index.html

MENJADI AMALAN DALAM TP YG TIDAK MENGAMALKAN ‘OPEN CAMPAIGN’; KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA 3 HARI SAHAJA BERMULA 14 JUN 2016 (12.30 TENGAHARI) – 17 JUN 2016 (12.30), TP AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA PERKEMBANGAN KUTIPAN DANA INI. KEMPEN INI HANYA MENSASARKAN UNTUK 1500 CARTON (RM 12 SEKARTON X 1500) = RM 18000. WALAUBAGAIMANA PUN, JIKA DANA YANG DIPERLUKAN TELAH MENCUKUPI, KEMPEN INI AKAN DITUTUP SEGERA.

JOM SAMA-SAMA MEREBUT PELUANG BERBUAT KEBAIKAN SIMPLE DI BULAN RAMADAN INI, SEMOGA SETIAP TEGUK MINUMAN DARI YANG MERAIKAN SEDEKAH INI AKAN MENJADI BEKAL PAHALA UTK KITA SEMUA KERANA MENGHILANGKAN DAHAGA INSAN YANG KEHAUSAN

Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN, admin perlukan ihsan sahabat semua utk kongsikan KEBAIKAN ini…..

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
14 JUN 2016
9 RAMADAN 1437H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s