BUILDING REPAIR 4 UKHWAH, MADRASAH KAMPUNG MONGKOL BOREY, CAMBODIA

ASSALAMUALAIKUM WBT,
ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA. 17 – 19 JUN YANG LALU TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN AMANAH UTK RAMADAN KIT SAUDARA KITA DI KEMBOJA. 400 DIEDARKAN DI KAMPUNG STUENG THMEI DAN MUSLIM SEKITAR BANDAR SIEMREAP, 300 LAGI DIAGIHKAN KE KAMPUNG PENDALAMAN IAITU DI KAMPUNG MONGKOL BOREY DAN KAMPUNG KLAKUM CHER DI DAERAH BANTEAY MEANCHEY SEKITAR 150 KM DARI BANDAR SIEM REAP.
Hasil daripada ziarah kami di kampung pendalaman tersebut, ternyata penduduk amat-amat memerlukan:
1. sumber air bersih daripada pembinaan perigi. (4 buah perigi)
2. generator utk bekalan elektrik di masjid kampung
3. baik pulih sekolah agama yang telah usang (atap bocor, dan tingkap patah)
4. kelengkapan solat utk wanita (1000 pasang)
❤ ❤ ❤ ALHAMDULILLAH, KEMPEN PERTAMA UTK MENGUMPULKAN DANA UTK 4 BUAH PERIGI TELAH PUN BERJAYA (ALLAH BAGI BONUS KERANA BUKAN 4 PERIGI DIPEROLEHI, TETAPI 5 PERIGI DENGAN TOTAL DANA BERJUMLAH RM 20K) DAN KINI TP MENUMPUKAN UNTUK MENGUMPULKAN DANA UNTUK MEMBAIKPULIH BANGUNAN MADRASAH (SEKOLAH AGAMA) DAN JUGA MENYEDIAKAN GENERATOR UTK MASJID DAN SEKOLAH.
ANGGARAN KOS UNTUK MEMBAIKPULIH BANGUNAN MADRASAH ITU ADALAH 8000USD (LEBIH KURANG NILAI TUKARAN RM 32000) DAN ANGGARAN KOS UNTUK DUA BUAH GENERATOR ADALAH 2000 USD (SETIAP GENERATOR BERNILAI LEBIH KURANG 1000 USD, SATU UTK MASJID DAN SATU UNTUK MADRASAH)
TOTAL DANA YANG DIPERLUKAN UNTUK KEMPEN INI IALAH; 10000 USD (BERSAMAAN ANGGARAN NILAI TUKARAN RM40000, BERDOA AGAR DOLLAR JGN NAIK LAGI, AMIN)
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH MELIBATKAN;
MEMBAIKI TINGKAP YANG ROSAK
MENUKAR KESELURUHAN BUMBUNG MADRASAH YANG BOCOR
MENAMPAL DAN MENGECAT DINDING
JIKA ADA LEBIHAN DANA, DIUSAHAKAN UNTUK MEMBAIKI LANTAI MADRASAH.
“PENDIDIKAN ADALAH ASAS KEHIDUPAN, APATAH LAGI PENDIDIKAN AGAMA” KERANA DI SEKOLAH INI ADALAH TEMPAT UNTUK ANAK-ANAK INI BELAJAR ILMU TAUHID DAN MEMBACA AL-QURAN. PENDUDUK ISLAM DI KEMBOJA ADALAH MINORITI DAN DI SEKOLAH BIASA MEREKA TIDAK ADA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN DI MADRASAH USANG INILAH ANAK-ANAK MUSLIM MENDAPAT PENDIDIKAN AGAMA DI KAMPUNG MEREKA.
JOM BANTU MEREKA MENDAPAT PENDIDIKAN AGAMA DENGAN MEMBAIKI SEKOLAH MEREKA….
Kepada yang berminat untuk menyumbang seikhlas hati (tiada nilai ditetapkan), boleh melalui saluran berikut:
❤ CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
❤ MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan MADRASAH DAN GENERATOR  MONGKOL BOREY
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/+60197357151

❤ ❤ ❤  PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.
https://fs30.formsite.com/telekungproject/BUILDINGREPAIR4UKHWAH/index.html

MENJADI AMALAN DALAM TP YG TIDAK MENGAMALKAN ‘OPEN CAMPAIGN’; KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA 7 HARI SAHAJA BERMULA 22 JUN 2016 (12.30 TGH) – 29 JUN 2016 (12.30), TP AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA PERKEMBANGAN KUTIPAN DANA WAKAF PERIGI INI. KEMPEN INI HANYA MENSASARKAN UNTUK MEMBAIKI MADRASAH DAN GENERATOR UNTUK MASJID DAN MADRASAH SEBANYAK RM 40000 (+/- 10000 USD). WALAUBAGAIMANA PUN, JIKA DANA YANG DIPERLUKAN TELAH MENCUKUPI, KEMPEN INI AKAN DITUTUP SEGERA.

JOM SAMA-SAMA MEREBUT PELUANG BERBUAT KEBAIKAN  DI BULAN RAMADAN INI, SEMOGA SETIAP PRIHATIN SEDEKAH INI AKAN MENJADI KEKUATAN ANAK-ANAK INI BERSEMANGAT MENDAPATKAN ILMU AGAMA ISLAM. INI JUGA SEBUAH KEBAIKAN KERANA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN PADA YANG MEMERLUKAN

Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN, admin perlukan ihsan sahabat semua utk kongsikan KEBAIKAN ini…..

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
22 JUN 2016
17 RAMADAN 1437H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s