#HELPBABYAMMAR

ASSALAMUALAIKUM,

FUNDRAISE FOR LIVER TRANSPLANT.

Masihkah sahabat-sahabat ingat, sebelum ini TELEKUNG PROJECT pernah melaksanakan public fundraise untuk membantu KES TRANSPLANT HATI untuk adik AJMAL (RM 100k) dan adik QISYA (RM 50k)? Namun Allah menyayangi kedua-dua pejuang keci ini dan dana yg terkumpul dari Dana Ajmal diberikan kepada Adik Fakrullah sebanyak RM 60k (dan telah selamat menjalani transplant pada Mac yang lalu) dan baki dana diserahkan pada adik Qisya (RM 40k + Fundraise RM 50K = 90K). Namun Adik Qisya juga meninggalkan kita pada May lalu dan dana adik Qisya kini disalurkan kepada baby Sumayyah yang kini sedang menjalani rawatan Transplant di China.

Baru-baru ini, admin dihubungi untuk oleh Bapa arwah adik Qisya memohon, untuk membantu 2 lagi bayi yang mempunyai masalah yang sama dengan adik Qisya iaitu Biliary Attresia dan perlu menjalani Transplant di China yang dijangka pada bulan Oktober, iaitu adik Ammar dan adik Gufran. Walaubagaimana pun, fundraise ini akan fokus pada baby Ammar dahulu untuk memudahkan agihan dana dan audit. Fundraise untuk baby Ghufran inshaAllah, akan dilaksanakan selepas tamat kempen untuk baby Ammar.

Baby Ammar berusia 4 bulan (ketika kempen ini) telah menjalani pembedahan kasai di hospital tempatan.Namun, pembedahan ini gagal dan baby Ammar perlu menjalani transplant hati di China dengan kos sebanyak RM 160k keseluruhannya. Setakat ini, dana yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM 67745 melalui sebuah badan NGO dan kini Telekung Project sedang berusaha untuk MENCUKUPKAN BAKI DANA IAITU SEBANYAK LEBIH KURANG RM 92,255. Dengan pendapatan ayahnya yang bekerja mengambil upah membuat cincin perak dan ibu seorang surirumah adalah mustahil untuk mereka mengusahakan jumlah kos transplant yang tinggi. Baby Ammar adalah pertama untuk pasangan ini.

MAKLUMAT PENTING   
Kempen fundraise ini hanya akan dijalankan selama 7 hari sahaja bermula 25 Julai 2016 (jam 8.00 pagi) dan akan tamat pada 1 Ogos 2016 (8.00 pagi). Menjadi amalan di Telekung Project tidak menjalankan OPEN FUNDRAISE kerana kami fokus kepada kes/project yang dijalankan. Oleh yang demikian kami telah memaklumkan pada ibubapa baby Ammar agar TIDAK MELAKUKAN SEBARANG FUNDRAISE LAIN untuk mengelakkan pertindihan dana kerana dana transplant yang diperlukan adalah sebanyak RM 160k dan tujuan fundraise ini dijalankan adalah untuk MENCUKUPKAN DANA SEDIA ADA YANG TELAH DIPEROLEHI (RM 67745) agar cukup kepada 160k. Bermakna, jika dalam tempoh kempen, dana yang diperlukan (RM 92255) telah cukup, Telekung Project akan segera MENUTUP KEMPEN kerana tujuan utama kempen adalah untuk mengumpulkan RM 92255 sahaja. Wang yg dikumpulkan melalui fundraise ini akan langsung diuruskan kepada Hospital di China yang akan menjalankan Transplant untuk baby Ammar (sama seperti pengurusan kes-kes sebelum ini di mana Telekung Project akan uruskan bayaran kepada pihak hospital dan tidak akan menyerahkan dana kepada ibubapa untuk mengelakkan kes salah guna duit sumbangan sebelum transplant dijalankan)

OLEH YANG DEMIKIAN, admin memohon kepada semua sahabat untuk membantu admin mengumpulkan baki dana sebanyak RM 92255 agar baby Ammar boleh menjalani transplant pada bulan Oktober nanti. Admin percaya, perkongsian rezeki dari sahabat seorang sedikit mampu untuk menyelamatkan nyawa kecil ini dan semoga baby Ammar boleh membesar seperti insan lain dan satu hari nanti akan menjadi anak yang berguna untuk membalas jasa masyarakat.

Kempen ini hanya akan berjaya dengan ukhwah sahabat semua untuk sama-sama membantu dan sebar luaskan kempen ini, PLEASE KLIK BUTANG SHARE DAN SEBARKAN KEBAIKAN

Kepada yang ingin menghulur sumbangan boleh melalui:

 CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

 MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan TRANSPLANT AMMAR
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733, +60197357151

   PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.
https://fs30.formsite.com/telekungproject/TRANSPLANTAMMAR/index.html

SEKALI LAGI, SEPERTI KEIZINAN DARIPADA IBUBAPA BABY AMMAR, KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA 7 HARI SAHAJA (25 JULAI 2016, 8.00 PAGI – 1 OGOS 2016, 8.00 PAGI) DAN SEMUA DANA INI AKAN DIURUS LANGSUNG KEPADA PIHAK HOSPITAL YANG AKAN MELAKUKAN TRANSPLANT UNTUK BABY AMMAR DI CHINA (HOSPITAL RENJI, SHANGHAI, CHINA). PERKEMBANGAN KUTIPAN DANA AKAN DIUPDATE DARI MASA KE SEMASA DI PAGE FB TELEKUNG PROJECT.

OLEH YANG DEMIKIAN ADMIN PERLUKAN BANTUAN SAHABAT SEMUA UNTUK;

1. SHARE POSTING INI SEBANYAK MUNGKIN di FB, INSTAGRAM, WHATSAPP (sebab FB ads ni strict, kalau poster tu wording banyak dia tak nak boost, dan boost diperlukan utk kempen-kempen yang urgent, sebab baby danish sangat-sangat perlukan bantuan sahabat semua. takde kos diperlukan jika bantu admin share post ini, TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT YANG MEMBANTU)

2. DOA DOA DOA DOA DOA UNTUK BABY AMMAR AGAR BERJAYA MENGUMPULKAN DANA DAN MENJALANI TRANSPLANT DI CHINA PADA BULAN OKTOBER NANTI.

Terima kasih kepada semua yang sudi bersama-sama membaca dan membantu baby Ammar ini.
Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN, admin perlukan ihsan sahabat semua utk kongsikan KEBAIKAN ini…..

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
25JULY 2016
20 SYAWAL 1437H

NOTA: GAMBAR BABY AMMAR UNTUK POSTER KEMPEN ADALAH IHSAN DAN IZIN DARIPADA IBUBAPA BABY AMMAR DAN TELAH DISEMAK DAHULU OLEH IBUBAPA SEBELUM DIBERIKAN KEIZINAN UNTUK MENJALANKAN KEMPEN FUNDRAISE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s