#HELPBABYGHUFRAN

ASSALAMUALAIKUM,
FUNDRAISE FOR LIVER TRANSPLANT.
ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADA ALLAH. Pada kempen #HELPBABYAMMAR (25 Julai – 29 Julai 2016 @ 3.45 petang), pihak TELEKUNG PROJECT telah berjaya mengumpulkan dana untuk menjalani transplant di China untuk baby Ammar sebanyak RM 90999 dan kini TELEKUNG PROJECT seperti yang dijadualkan akan menjalankan pula KEMPEN UNTUK MEMBANTU MENCARI DANA UNTUK BABY GHUFRAN (Muhammad Ghufran Al Arash bin Mohamed Bakri) yang mempunyai masalah penyakit yang sama iaitu KEGAGALAN FUNGSI HATI (Billiary Atresia) dan jika dana untuk baby Ghufran mencukupi, Baby Ammar dan Baby Ghufran akan diterbangkan ke China serentak yang dijangkakan pada Oktober 2016 ini, InshaAllah.
Admin berdoa, agar melalui kempen ini juga dapat membantu dana baby Ghufran sebagaimana sebelum ini TP berjaya mengumpulkan dana untuk baby Ammar. Memahami keadaan yang menghimpit dengan pekerjaan ayah baby Ghufran hanyalah seorang pemandu lori dan ibunya bekerja sebagai jururawat adalah mustahil untuk mereka mengumpulkan kos transplant sebanyak RM 160k. Namun mereka tidak punya pilihan, sama seperti kes baby ammar sebelum ini. Allah sering menguji kita semua sebagai ahli masyarakat untuk berganding membantu apa yang termampu, InshaAllah dan itulah peranan TELEKUNG PROJECT dalam menggerakkan kempen ini bagi membantu dan FOKUS KEPADA DANA UNTUK KOS TRANSPLANT KE CHINA YANG MASIH DIPERLUKAN.
Setakat ini, ibubapa baby Ghufran memaklumkan mereka hanya berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 34020.00 (bukti disertakan kepada pihak TP) dan jumlah itu masih jauh berbanding yang diperlukan. Melalui kempen #HELPBABYAMMAR, ada lebihan dana sebanyak RM 4874 dan pihak TP akan terus menyalurkan kepada baby ghufran untuk kos transplant (kerana kes ammar dan ghufran adalah sama utk tujuan Transplant)  menjadikan jumlah yang sudah terkumpul kini ialah;
❤ DANA YANG BERJAYA DIKUMPULKAN OLEH IBU BAPA = RM 34020
❤ DANA DARI LEBIHAN KEMPEN AMMAR = RM 4874
DANA YANG TELAH TERKUMPUL (dana dari ibubapa + dana dari lebihan kempen ammar) = RM 38894
BERMAKNA, melalui KEMPEN #HELPBABYGHUFRAN akan berlangsung selama 7 hari ini, pihak TELEKUNG PROJECT cuba untuk mengusahakan PUBLIC FUNDRAISE sebanyak RM 120000 – RM 121106 untuk TUJUAN MENCUKUPKAN DANA TRANSPLANT UNTUK BABY GHUFRAN DI CHINA. KOS KESELURUHAN TRANSPLANT ADALAH RM 160K, DAN BAKI DANA YANG DIPERLUKAN UNTUK BABY GHUFRAN ADALAH SEBANYAK RM 121106
BERDOA, semoga kempen ini juga berjaya seperti kempen Ammar sebelum ini supaya kedua-dua mereka akan dapat segera menjalani transplant di china serentak pada bulan Oktober nanti.
MAKLUMAT PENTING ❤ ❤ ❤
Kempen fundraise ini hanya akan dijalankan selama 7 hari sahaja bermula 1 OGOS (jam 10.00 pagi) dan akan tamat pada 8 Ogos 2016 (10.00 pagi). Menjadi amalan di Telekung Project tidak menjalankan OPEN FUNDRAISE kerana kami fokus kepada kes/project yang dijalankan. Oleh yang demikian kami telah memaklumkan pada ibubapa baby GHUFRAN agar TIDAK MELAKUKAN SEBARANG FUNDRAISE LAIN untuk mengelakkan pertindihan dana kerana dana transplant yang diperlukan adalah sebanyak RM 160k dan tujuan fundraise ini dijalankan adalah untuk MENCUKUPKAN DANA SEDIA ADA YANG TELAH DIPEROLEHI (RM 38894) agar cukup kepada 160k. Bermakna, jika dalam tempoh kempen, dana yang diperlukan (RM 121106) telah cukup, Telekung Project akan segera MENUTUP KEMPEN kerana tujuan utama kempen adalah untuk mengumpulkan RM 121106 sahaja. Wang yg dikumpulkan melalui fundraise ini akan langsung diuruskan kepada Hospital di China yang akan menjalankan Transplant untuk baby Ghufran (sama seperti pengurusan kes-kes sebelum ini di mana Telekung Project akan uruskan bayaran kepada pihak hospital dan tidak akan menyerahkan dana kepada ibubapa untuk mengelakkan kes salah guna duit sumbangan sebelum transplant dijalankan)
OLEH YANG DEMIKIAN, admin memohon kepada semua sahabat untuk membantu admin mengumpulkan baki dana sebanyak RM 121106 agar baby Ghufran boleh menjalani transplant pada bulan Oktober nanti. Admin percaya, perkongsian rezeki dari sahabat seorang sedikit mampu untuk menyelamatkan nyawa kecil ini dan semoga baby Ghufran boleh membesar seperti insan lain dan satu hari nanti akan menjadi anak yang berguna untuk membalas jasa masyarakat.
Kempen ini hanya akan berjaya dengan ukhwah sahabat semua untuk sama-sama membantu dan sebar luaskan kempen ini, PLEASE KLIK BUTANG SHARE DAN SEBARKAN KEBAIKAN
Kepada yang ingin menghulur sumbangan boleh melalui:
❤ CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
❤ MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan TRANSPLANT GHUFRAN
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733, +60197357151

❤ ❤ ❤ PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.

https://fs30.formsite.com/telekungproject/TRANSPLANTGHUFRAN/index.html

SEKALI LAGI, SEPERTI KEIZINAN DARIPADA IBUBAPA BABY GHUFRAN, KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA 7 HARI SAHAJA (1 OGOS 2016, 10.00 PAGI – 8 OGOS 2016, 10.00 PAGI) DAN SEMUA DANA INI AKAN DIURUS LANGSUNG KEPADA PIHAK HOSPITAL YANG AKAN MELAKUKAN TRANSPLANT UNTUK BABY GHUFRAN DI CHINA (HOSPITAL RENJI, SHANGHAI, CHINA). PERKEMBANGAN KUTIPAN DANA AKAN DIUPDATE DARI MASA KE SEMASA DI PAGE FB TELEKUNG PROJECT.


OLEH YANG DEMIKIAN ADMIN PERLUKAN BANTUAN SAHABAT SEMUA UNTUK;
1. SHARE POSTING INI SEBANYAK MUNGKIN di FB, INSTAGRAM, WHATSAPP  (sebab FB ads ni strict, kalau poster tu wording banyak dia tak nak boost, dan boost diperlukan utk kempen-kempen yang urgent, sebab baby danish sangat-sangat perlukan bantuan sahabat semua. takde kos diperlukan jika bantu admin share post ini, TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT YANG MEMBANTU)
2. DOA DOA DOA DOA DOA UNTUK BABY GHUFRAN AGAR BERJAYA MENGUMPULKAN DANA DAN MENJALANI TRANSPLANT DI CHINA PADA BULAN OKTOBER NANTI.
Terima kasih kepada semua yang sudi bersama-sama membaca dan membantu baby Ghufran ini.

Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN, admin perlukan ihsan sahabat semua utk kongsikan KEBAIKAN ini…..

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
1 OGOS 2016
27 SYAWAL 1437H

NOTA: GAMBAR BABY GHUFRAN UNTUK POSTER KEMPEN ADALAH IHSAN DAN IZIN DARIPADA IBUBAPA BABY GHUFRAN DAN TELAH DISEMAK DAHULU OLEH IBUBAPA SEBELUM DIBERIKAN KEIZINAN UNTUK MENJALANKAN KEMPEN FUNDRAISE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s