RIDE THE BIKE FOR UKHWAH

Assalamualaikum,
UKHWAH ROAD TO RAMADAN…. SEDAR TAK SEDAR HANYA TINGGAL 46 HARI LAGI MENUJU RAMADAN.

Alhamdulillah, hari ini masih ada setelah semalam selesai KIDS CARENIVAL; CHRON’S SUPPORT FOR EIFFA yg telah berlangsung selama dua hari. Dan admin teruskan CABARAN-CABARAN YANG BOLEH SAHABAT-SAHABAT REBUT melalui project – project TP.

INSHAALLAH, Pada 22 April ini sempena aktiviti menuju ramadan (sebab Ramadan admin nak fokus utk diri sendiri tahun ini…. InshaAllah) TELEKUNG PROJECT bersama SQUAD 4×4 ADVENTURE TEAM dan DATARAN ILMU KG BUKIT ABAL akan menganjurkan satu program PRA RAMADAN iaitu UKHWAH ROAD TO RAMADAN 5.0 (tak sedar dah kali kelima penganjuran, ALHAMDULILLAH). Dan tahun ini admin nak buat kelainan, biasanya setiap tahun admin akan membuat agihan bantuan PRA RAMADAN dari rumah ke rumah bersama jentera 4×4 tapi tahun ini admin akan laksanakan agihan bantuan PRA RAMADAN di sebuah padang kampung di mana admin akan menyusun jentera 4×4 seperti sebuah pasar pagi/malam dan setiap jentera 4×4 itu akan mewakili setiap jenis barangan dan penerima-penerima akan datang untuk claim barangan bantuan itu seolah-olah mereka sedang bershopping dan beramah mesra dengan semua sukarelawan. Kalau pergi rumah ke rumah…. tak sempat kami nak duduk lama kerana mengejar masa agihan.

Pada tahun ini juga, admin dah suruh team di sana untuk kenalpasti 150 ORANG ANAK YATIM YANG MEMERLUKAN BASIKAL UNTUK KEGUNAAN KE SEKOLAH dan pada hari agihan basikal nanti admin akan berkayuh bersama-sama mereka keliling kampung menggunakan basikal yg dihadiahkan…. TAK SABAR NAK FUN RIDE KELILING KAMPUNG DENGAN ANAK-ANAK YATIM.

Oleh yang demikian, untuk menjayakan CABARAN INI, admin perlukan bantuan sahabat-sahabat yang ingin merebut peluang kebaikan ini untuk menyediakan;

 300 KIT PERSEDIAAN RAMADAN YANG BERNILAI RM 150 BARANGAN DAPUR UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA 300 KELUARGA ASNAF (RM 150 X 300 KIT = RM 45000)

 150 BUAH BASIKAL BARU YANG BERNILAI RM 200 SETIAP BASIKAL UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA 150 ORANG ANAK YATIM. (RM 200 X 150 BUAH BASIKAL = RM 30000)

TOTAL CABARAN; (KIT PERSEDIAAN RAMADAN + BASIKAL) = RM 75000

JADI, admin nak merayu pada sahabat semua untuk menyumbang seikhlas hati untuk menyediakan 300 kit pra ramadan (barangan dapur) dan 150 buah basikal untuk anak yatim.

CARA SUMBANGAN?

 Admin nak cari sponsor siapa yang nak sponsor basikal untuk anak yatim ini. Kalau nak beli sendiri BASIKAL BARU dan serah pada kami pun boleh cuma perlu serahkan selewat-lewatnya sebelum 20 April kerana admin perlu sediakan transport lori untuk bawa basikal itu ke sana. UNTUK SERAHAN BASIKAL JIKA NAK BELI SENDIRI SILA BERHUBUNG DGN PUAN SAODAH 0193597733

 SEIKHLAS HATI kerana kami kumpulkan dana untuk beli basikal dan barangan dapur untuk kit pra ramadan di kelantan untuk menjimatkan KOS LOGISTIK. (Daripada bayar duit sewa lori baik duit itu dimasukkan pada kit ramadan atau basikal kan)

Kepada yang berminat untuk merebut peluang kebaikan dan membantu seikhlas hati boleh melalui;

CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan RIDETHEBIKE4UKHWAH

SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151

Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:
https://fs30.formsite.com/telekungproject/RIDETHEBIKE4UKHWAH/index.html

KEMPEN FUNDRAISE INI AKAN DIJALANKAN BERMULA DARI 10/04/2017 JAM 10.00 PAGI DAN AKAN BERAKHIR PADA 20/04/2017 JAM 11.59 MALAM. WALAUBAGAIMANAPUN, JIKA JUMLAH YANG DIPERLUKAN SEBANYAK RM 75000 TELAH MENCUKUPI SEBELUM TAMAT KEMPEN, KEMPEN AKAN SEGERA DITUTUP KERANA TELAH MENCAPAI JUMLAH YANG DIPERLUKAN KERANA SASARAN HANYALAH UNTUK MENYEDIAKAN 300 KIT PRA RAMADAN BERBENTUK BARANGAN DAPUR DAN JUGA 150 BUAH BASIKAL BARU UNTUK 150 ORANG ANAK YATIM.

Admin juga perlukan bantuan doa dari sahabat semua dan juga memohon sahabat-sahabat utk berkongsi kebaikan ini bersama sahabat-sahabat yang lain juga. Semoga usaha kecil ini akan memberikan kemudahan dalam kehidupan harian kita. Semoga Allah redha dan menerima amal kebajikan dan usaha yang sedang dilakukan, amin…..

AKHIR SEKALI, ADMIN JUGA NAK JEMPUT SAHABAT-SAHABAT YANG BERKELAPANGAN UNTUK SERTAI SEKALI PROGRAM INI DI KELANTAN….. JOM NAIK BASIKAL BERSAMA-SAMA ANAK YATIM (PESERTA GUNA BASIKAL SENDIRI) DAN SELEPAS ITU JOM KITA BERAMAI-RAMAI BANTU MENGAGIHKAN KIT PRA RAMADAN KEPADA 300 KELUARGA ASNAF PADA HARI YANG SAMA.

JUMPA DI SANA…… JOM RAPATKAN UKHWAH!!! DAN RASAI PENGALAMAN MENYANTUNI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.

Salam Ukhwah
Azila Aziz
10 APRIL 2017
13 REJAB 1438H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s